Bismillah. Dah lama aku pendam. Tapi apakan daya. Nak luah . Tapi khuatir ada hati yang terasa. [Cebisan ilmu yang diabaikan] Maka ilmu itu pergi begitu sahaja.. Rasa nak nangis waktu tulis post ni. Aku seorang pelajar sekolah agama, Ya, sekolah aku memang gah namanya. Namun, tidak diri aku. Aku tidak se-gah nama itu. Saat aku jejak kan kaki keluar dari bumi tarbiyyah pertama itu, satu penyesalan yang menyelubungi diri aku ialah - kenapa aku tak selami ilmu agama dengan sebenarnya-benarnya dahulu ? Kenapa aku kutip ilmu hanya untuk disampaikan kepada orang lain , atau untuk exam, kemudian aku lupa begitu sahaja . Ya. Saat itu amat aku kesali. Aku berhajat untuk mulakan hidup baru di matrik, Ku mohon, -Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan aku. Alhamdulillah, walaupun payah untuk hati aku redha sebab hanya masuk matrik. Tapi aku sedar. ketidak-redha-an itu berpunca dari perasaan ingin mendapatkan pengiktirafan makhluk Allah bernama manusia. Manusia, tidak pern...