Bismillah.
Dah lama aku pendam. Tapi apakan daya. Nak luah . Tapi khuatir ada hati yang terasa.
[Cebisan ilmu yang diabaikan]
Rasa nak nangis waktu tulis post ni.
Aku seorang pelajar sekolah agama, Ya, sekolah aku memang gah namanya. Namun, tidak diri aku. Aku tidak se-gah nama itu. Saat aku jejak kan kaki keluar dari bumi tarbiyyah pertama itu, satu penyesalan yang menyelubungi diri aku ialah - kenapa aku tak selami ilmu agama dengan sebenarnya-benarnya dahulu ? Kenapa aku kutip ilmu hanya untuk disampaikan kepada orang lain , atau untuk exam, kemudian aku lupa begitu sahaja . Ya. Saat itu amat aku kesali.
Aku berhajat untuk mulakan hidup baru di matrik, Ku mohon, -Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan aku.
Alhamdulillah, walaupun payah untuk hati aku redha sebab hanya masuk matrik. Tapi aku sedar. ketidak-redha-an itu berpunca dari perasaan ingin mendapatkan pengiktirafan makhluk Allah bernama manusia. Manusia, tidak pernah tahu apa yang kita rasa. Manusia tidak pernah tahu apa perasaan di dalam hati seorang insan. Tapi.
Allah tahu, Ya Allah tahu. :)
Dikurniakan sahabat yang terasa cinta mereka benar-benar ikhlas kpd aku sebagai sahabat Fillah, ialah satu nikmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Mereka yang menjadi "soul mate" di kala susah. Mahupun senang. Dan kini semuanya terpisah. Jauh. Demi sebuah perjuangan menuntut ilmu.
Semestinya , sebelum menapak di alam universiti, aku berazam untuk mulakan lagi hidup yang baru. Kesedaran aku sendiri untuk mencari kembali kecintaan menuntut ilmu, bukan dalam bidang pengkhususan aku sahaja (Kewangan dan Perbankan Islam) , - tapi juga menuntut ilmu Agama, yang semakin hilang dari qalb aku kerna dipenuhi dengan dosa. Azam ku cuma satu - Izzati, jadilah orang yang tamak dengan ilmu!
Tapi apakan daya. Kelemahan diri aku dan juga fitrah sebagai seorang nisa' membuat kan aku perlu kan teman. Ya, teman. Bukan teman lain jantina. (aku tak berminat untuk fikir soal itu) .,tapi seorang sahabat. Sahabat yang sentiasa meluangkan masa untuk sama menadah ilmu Allah yang maha luas ini.
Namun, "trend " pelajar univerisiti agaknya, atau lebih tepat, REMAJA. Suka luangkan masa yang lapang dengan perkara-perkara yang dicintai nafsu, bukan dicintai Allah. Fitrah manusia mungkin ? Mudah goyang dengan janji manis syaitan dan nafsu.
Aku? Mula-mula aku pun jenis ikut dan ikut. Tapi, lama-lama aku sedar. -Universiti adalah tempat untuk kau bentuk diri kau, untuk kau belajar berdikari, untuk kau tak bergantung pada orang! -
Aku mula buat hal sendiri Aku mula buat urusan aku sendiri. Aku seusaha mungkin mencari sesiapa sahaja yang berminat untuk sesiapa yang cintakan ilmu.
Walaupun majlis ilmu di UUM ni tidaklah sebanyak di UM, di UIA, tapi ia tetap ada. Tapi kenapa susah sangat untuk kita semua meringankan punggung untuk hanya luangkan 2JAM SAHAJA setiap minggu untuk secebis ilmu yang bukan senang untuk kita kutip?
Ya, kita kata, sekarang nak dapat ilmu itu mudah, sangat mudah . Bukak youtube, kau search je. Tapi kau buat ke ?
Aku pelik dengan manusia. Kau ada banyak masa untuk main phone, kau ada banyak masa untuk bergelak tawa dengan kawan-kawan, tapi sikit pun kau tak boleh nak luang masa untuk kutip ilmu agama, Kau dah jamin masuk syurga ke ?
Ya, ayat di atas agak kasar. Aku sedar, aku boleh cakap begini sebab aku tak diuji dengan perasaan begitu. Tapi aku diuji sebaliknya. Aku ingin kan ilmu itu, namun keterbatasan demi keterbatasan khususnya sebagai seorang perempuan, membuat kan aku terhalang untuk rancak menggali ilmu itu.
Anehnya, mereka mereka yang claim sebagai ala ala "Jundullah" begitu pun liat nak ke majlis ilmu.
Come on guys and girls! We are leaders in future. What did can people expect from us if we just know only about our course???
I'm sick of this. Seriously.
Thats why, I really missed all those friends that always be with me in "majlis ilmu".
Because when I say "Jom!" they will always say "Jom" too.
This thing make me learn that- don't expect too much from others. And never rely on anyone to live your life . -
But be a person that dependable. That people can rely on you.
Biiznillah.
Maaf terkasar bahasa. Cuma luahkan apa yang terbuku di hati.
A quote that I never forget - "Hanya orang yang sibuk yang ada masa".

| Maka ilmu itu pergi begitu sahaja.. |

Comments
Post a Comment