Skip to main content

Titik

Bismillah. Baiklah, setelah sekian tidak menulis secara "tertib" , sis coba lah ya.
Titik ? Apa sangat lah yang ada pada titik ini ya? 
Titik yang aku ingin cuba coretkan di sini ialah tentang titik perubahan aku yang agak besar dalam hidup sejak bergelar "belia" ini. 
Ringkasnya, aku mendapat pendidikan agama yang baik sejak kecil. Alhamdulillah. Sekolah menengah di sebuah sekolah yang aku kira agak disegani kehadirannya kerana penglibatan dalam pelbagai bidang. Dan kebanyakan alumni sekolah aku, ada ramai yang menjadi front-front aktivisme di kampus masing-masing. Itu  yang kadang-kadang dari peringkat sekolah hingga ke universiti, selalu sahaja disanjung penduduk-penduduk bumi tarbiyah aku yang kedua itu.
Dan aku tidak terlepas untuk dilatih menjadi seorang pemimpin dalam kalangan pelajar . Dan mungkin sahaja perjalanan hidup aku sudah dicatur secara perlahan-lahan oleh senior-senior yang membawa usrah aku dulu. Mungkin sahaja, mereka telah nampak potensi pada diri seorang Izzati untuk teruskan legasi tarbiyah yang mereka bawa di sekolah aku itu. Wang, tenaga, masa banyak yang mereka habiskan untuk aku , demi melihat seorang Izzati terlatih dengan baiknya.
Malangnya, kini,aku tidak berapa mahu mengingat kembali zaman sekolah, dek kerana sikap aku yang sangat beremosi satu masa dahulu. Emosi melebihi rasional. Ah! Sangat menyesakkan !
Segalanya mula berubah apabila aku melangkah masuk ke alam matrikulasi. Sudah menjadi kebiasaan , "yang terlatih" ini adalah insan-insan yang bakal menjadi pengggerak kepada jemaah A.Aku juga tidak terlepas dan hasilnya, adanya penyambungan usrah di matrikulasi. Bicara tentang matrikulasi ini, aku terlalu rindu zaman itu. Zaman yang menemukan dan membuat aku tersedar ,erti ukhuwah kerana Tuhan Yang Esa. Walaupun pada asalnya usrah yang menemukan kami semua ,tetapi tetap mereka semua ikhlas bersahabat kerana Allah (moga-moga).
Di matrikulasi ,aku lebih menghargai kehadiran sahabat dalam diri aku . Walaupun aku masoh ada sikap berdikari sehingga kini, tetapi aku sudah mula menhargai mereka yang tidak putus-putus meminjamkan bahu untuk bersandar, menadah telinga untuk mendengar, mengesat air mata yang bergenang dan segalanya untuk aku. Izinkan aku menyebut nama mereka di sini , sebagai tanda penghargaan - Mursyida ,Adawiyah, Syakirah, Rushila, Wan Nur Atikah. 
Tidak lupa juga ,dua orang guru yang cinta aku pada mereka tidak lagi berbelah bahagi. Kak Lili dan Ust Saifuddin. Dua insan ini terlalu banyak membentuk aku untuk menjadi seorang Izzati yang lebih baik. Meski kini aku sudah berjauhan dengan Kak Lili kerana beliau sudah berpindah ke Melaka, aku akan tetap menyayanginya, sampai bila-bila. Ust Saifuddin pula, merupakan guru Ekonomi aku. 2 semester aku belajar bersamanya, pasti ada satu masa yang aku tidak sengaja melukakan hati ust. Bukan niat aku, tetapi apakan daya ,aku sendiri kalah dengan diri sendiri sehingga air mata aku tumpah di hadapannya. Allah . Tak mampu diingati saat itu. Terlalu perit. Tetapi Alhamdulillah, hingga kini, terasa dia sangat ambil berat dengan aku, seolah aku ini anak perempuannya :) Allah, jagalah insan-insan ini supaya berada dalam rahmat-Mu. 
Kerana mereka, aku banyak berubah kini . Kerana mereka, terlalu banyak jasa mereka dalam diri seorang Izzati. 

Comments

Popular posts from this blog

Lalu Apa?

Lalu apa? Ketika aku memikirkan tajuk apa sesuai untuk post kali ini, teringat pula tajuk buku yang bermuka depan-kan gambar HAMKA- Lalu Aku Hidup Untuk Apa? Pertanyaan ini bermula apabila aku mula belajar tasawuf di Pondok Baitul Huda pada Januari 2017. Permulaan tahun baru yang baik, tetapi tetap juga Allah sisipkan sedikit ujian untuk aku pasakkan hati untuk terus berguru dalam menadah ilmu agama. Kisah di pondok moden tersebut, biarlah aku simpan dahulu buat masa ini. Bicara tentang tasawuf, pasti ia sedikit sebanyak berkait dengan hati. Maka, sedang sahaja tajuk RIYAK menjadi perbincangan, aku termuhasabah sendirian.  "Riyak itu syirik kecil, masihkah kita  mahu melakukan amal dengan perasaan riyak ?" Lalu ,aku terimbau medan amal yang telah dan sedang serta akan aku lalui. Terasa, segala amal dahulu, hadafnya cuma inginkan perhatian manusia. Ya, aku suka untuk dikenali. Manusia mana yang tidak suka diiktiraf bukan? Tetapi kenapa saja aku tidakk pasakkan niat ...

Cebisan Ilmu Yang Diabaikan

Bismillah. Dah lama aku pendam. Tapi apakan daya. Nak luah . Tapi khuatir ada hati yang terasa. [Cebisan ilmu yang diabaikan] Maka ilmu itu pergi begitu sahaja.. Rasa nak nangis waktu tulis post ni. Aku seorang pelajar sekolah agama, Ya, sekolah aku memang gah namanya. Namun, tidak diri aku. Aku tidak se-gah nama itu. Saat aku jejak kan kaki keluar dari bumi tarbiyyah pertama itu, satu penyesalan yang menyelubungi diri aku ialah - kenapa aku tak selami ilmu agama dengan sebenarnya-benarnya dahulu ? Kenapa aku kutip ilmu hanya untuk disampaikan kepada orang lain , atau untuk exam, kemudian aku lupa begitu sahaja . Ya. Saat itu amat aku kesali. Aku berhajat untuk mulakan hidup baru di matrik, Ku mohon, -Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan aku.  Alhamdulillah, walaupun payah untuk hati aku redha sebab hanya masuk matrik. Tapi aku sedar. ketidak-redha-an itu berpunca dari perasaan  ingin mendapatkan pengiktirafan makhluk Allah bernama manusia. Manusia, tidak pern...