Lalu apa?
Ketika aku memikirkan tajuk apa sesuai untuk post kali ini, teringat pula tajuk buku yang bermuka depan-kan gambar HAMKA- Lalu Aku Hidup Untuk Apa?
Pertanyaan ini bermula apabila aku mula belajar tasawuf di Pondok Baitul Huda pada Januari 2017. Permulaan tahun baru yang baik, tetapi tetap juga Allah sisipkan sedikit ujian untuk aku pasakkan hati untuk terus berguru dalam menadah ilmu agama. Kisah di pondok moden tersebut, biarlah aku simpan dahulu buat masa ini.
Bicara tentang tasawuf, pasti ia sedikit sebanyak berkait dengan hati. Maka, sedang sahaja tajuk RIYAK menjadi perbincangan, aku termuhasabah sendirian.
"Riyak itu syirik kecil, masihkah kita mahu melakukan amal dengan perasaan riyak ?"
Lalu ,aku terimbau medan amal yang telah dan sedang serta akan aku lalui. Terasa, segala amal dahulu, hadafnya cuma inginkan perhatian manusia. Ya, aku suka untuk dikenali. Manusia mana yang tidak suka diiktiraf bukan? Tetapi kenapa saja aku tidakk pasakkan niat itu kerana Tuhan ?Hatta kau menulis di muka buku itupun, acap kali kau menanti "like" dari kawan-kawan alam maya kau.
Kemudian aku menyoal diri sendiri, - Kemudian apa Izzati? Kemudian apa?
Aku tertunduk , tatkala dipuji, aku seringkali terlupa untuk kembalikan pujian ini kepada Rabbi . -Haza min fadhli Rabbi. Tatkala dipuji, sering kali aku rasa dihargai yang melangit tinggi.
Kemudian apa? Setelah kau dipuji, apa yang aku dapat? Kepuasan? Nah! Sekadar itu? Maka mana impian syurga yang kau impikan? Sekadar pengiktirafan manusia kau perolehi, kemudian apa? Agaknya Tuhan nilai amalan itu, atau saat ia dihisab nanti ia akan dicampak ke muka engkau semula!
__________
"Enti timbalan yang sangat perfect!"
"Tersedak ana. Ana buat tugas ana je , dah ini cara ana tarbiyah diri ana"
*selang 2minit kemudian, - "Haza min fadhli Rabbi: ) "
__________
"Awak ,tadi pengerusi, puji kite, istighfar banyak2 ana"
"Wow!, tapi betullah ,saya tak pernah jumpa timbalan macam awak ". *thumbs up*
"Eh awak, hari tu saya belajar tasawuf kan, ust kata jangan puji orang tu lebeh2, nanti dia riyak, tak baik tau"
"Sebab tu tak pernah puji hehe"
_________
Kemudian aku fikir - tak tak, aku buat kerja ini dan terlibat dalam medan ini sebab aku nak didik hati. Cukuplah Izzati, dosa dah terlalu banyak, amalan ibadah dengan Tuhan pun turun naik. Mana lagi yang boleh aku topup amalan ni kalau bukan sengaja sibukkan diri dalam medan amal ini ?
Lalu aku bertanya lagi, perlukah pujian Izzati?
_________
Sungguh berada di relung DnT ini memerlukan pengorbanan yang terlalu banyak .Tenaga, wang, perasaan, emosi, fizikal, akal ,masa, dan segalanya. Sehingga aku yang berumur 21 tahun (dengan umur yang terus meningkat hari ke hari )terus berfikir - penat-penat begini,berbaloikah aku tidak mengharapkan redha Tuhan semata untuk kerja-kerja ini ? Apa yang boleh aku hadapkan pada Tuhan saat mati nanti?
Sesungguhnya , mati itu dekat. Hanya kita sahaja yang masih terasa mati itu masih lambat, membuatkan kita terus berlengah memikir soal akhirat.
05022017
Nur Izzati Ismail.
Comments
Post a Comment