Bismillah. Baiklah, setelah sekian tidak menulis secara "tertib" , sis coba lah ya. Titik ? Apa sangat lah yang ada pada titik ini ya? Titik yang aku ingin cuba coretkan di sini ialah tentang titik perubahan aku yang agak besar dalam hidup sejak bergelar "belia" ini. Ringkasnya, aku mendapat pendidikan agama yang baik sejak kecil. Alhamdulillah. Sekolah menengah di sebuah sekolah yang aku kira agak disegani kehadirannya kerana penglibatan dalam pelbagai bidang. Dan kebanyakan alumni sekolah aku, ada ramai yang menjadi front-front aktivisme di kampus masing-masing. Itu yang kadang-kadang dari peringkat sekolah hingga ke universiti, selalu sahaja disanjung penduduk-penduduk bumi tarbiyah aku yang kedua itu. Dan aku tidak terlepas untuk dilatih menjadi seorang pemimpin dalam kalangan pelajar . Dan mungkin sahaja perjalanan hidup aku sudah dicatur secara perlahan-lahan oleh senior-senior yang membawa usrah aku dulu. Mungkin sahaja, mereka telah nampak potens...