Petikan kisah dari buku Keimanan Adalah Paksi by Tim LangitIlahi.com.(pg 145-148)
Julaibib, Seorang sahabat yang dicintai Nabi S,A.W
Julabib merupakan seorang pemuda yang tidak tahu asal-usulnya yang tiba di Madinah . Ketidak tahuan nasab keturunan merupakan satu kecacatan sosial bagi masyarakat Arab, Digambarkan beliau merupakan seorang yang miskin harta , pendek dan tidak tampan .
Pernah suatu ketika Rasulullah bertanya kepada Julaibib ,
" Apa kamu tidak ingin berkahwin wahai Julabib?"
Beliau menjawab tanpa tanda kesal dan kecewa, " Dengan siapa ya Rasulullah s.a.w ? Siapakah orang yang sanggup mengahwinkan puterinya dengan saya?"
Hari berikutnya , apabila Rasulullah bertermu lagi dengan Julaibib , Rasulullah bertannya soalan yg sama kepadanya dan beliau menjawab dengan jawapan yang sama .Tiga kali. Tiga hari berturut-turut.
Kemudian pada hari ketiga bertanya Rasulullah memegang lengan Julaibib dan membawanya ke rumah seorang pemimpin Ansar, "Aku ingin menikahi puterimu, " kata Rasulullah s,a,w.
"Betapa indahnya dan betapa batakahnya " kata walinya.
"Tetapi bukan untukku, Ku pinang puterimu untuk Julaibib" , kata Rasulullah s,a,w,
"Julaibib?" . "Ya, untuk Julaibib"
"Ya Rasulullah ,saya harus berbincang dengan ibunya dahulu."
Ibu : Dengan Julaibib? Bagaimana mungkin? (dan dia mengungkit tentang keadaan fizikal Julaibib)
Puteri mereka yang terdengar perbualan ibu dan bapanya bertanya , " Siapa yang meminta? Apakah ibu dan ayah hendak menolak permintaan Rasulullah s.a.w. Demi Allah , kirimkan aku padanya. Dan demi Allah , kerana Rasululah yang meminta, tidak akan membawa kehancuran dan kerugian bagiku" .
Beliau kemudian membaca Surah Al- Ahzab ,ayat 36.
Rasulullah s.aw. tertunduk kemudian Rasulullah doakan dia, " Ya Allah limpahkkanlah kebaikan keatasnya ,dalam kelimpahan yang penuh barakah . Jangan kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah
******************************************************************************
(Ustaz Dusuki )
Rasulullah menyuruh Julaibib pergi ke sebuah rumah ketua kabilah ,dan sampaikan salam kepadanya. Ketua kabilah tersebut mempunyai seorang puteri yang cantik.Rasulullah meminta dia berkata kepada ketua kabilah tersebut bahawa Rasulullah meminta Julaibib menikahi puterinya.
Julaibib pun pergi ke rumah ketua kabilah tersebut. Dengan rasa gembira ,ketua kabilah menyambut salam yang dikirimkan kepada mereka dari Rasulullah s,a.w.
"sesungguhnya Rasulullah suruh aku datang untuk berkahwin dengan anak kamu"
"Siapa? " Dia terduduk
"Aku Julaibib"
"Siapa? "
"Aku Julaibib"
Beginilah Julaibib, aku ingin berbincang dengan isteriku dahulu. Apabila ibunya dengar nama Julaibib, "Apa? Julaibib? tidak dia takkan kahwin dengan Julaibib.
Kemudian puterinya menerima (ayat sama diatas) dan Rasulullah mendoakan.
Kemudian berlangsung perkahwinan dan selang beberapa bulan (3 bulan menurut ust Dusuki) berlaku perang Uhud. Julaibib menyahut seruan jihad.
Selesai peperangan, datang sahabat mengumumkan nama-nama para syahid tetapi nama Julaibib tidak ada.
Rasulullah :"Dah habis nama yang gugut syahid. ?
Sahabat : Ya dah habis .
Rasulullah : Tidak, ada seorang nama Julaibib , JIbril datang kepada aku dan mengatakan dia telah syahid . Dia telah membunuh 7 orang dan orang ke-8 dia telah syahid,
Sahabat2 cari mayat dia, dan terlihat jasad Julaibib terlungkup. Rasulullah sapu debu di muka Julaibib dan mencium dahi beliau.
Rasulullah berkata, "Ya Julaibib, kamu sebahagian aku, aku sebahagian kamu . Ya Julaibib,kamu sebahagian aku, aku sebahagian kamu , Ya Julaibib, kamu sebahagian aku, aku sebahagian kamu"
Ibrah :
1. Kita mungkin tidak popular di dunia, namun ketakwaan yang tinggi serta cinta kepada Rasulullah s,a,w akan mengangkat darjat kita di sisinya.
2. Ikhlas.

Comments
Post a Comment